![Cara tukar password wifi yes Cara tukar password wifi yes](/uploads/1/2/5/3/125390228/596003558.jpg)
![Cara Tukar Password Wifi Tm Cara Tukar Password Wifi Tm](/uploads/1/2/5/3/125390228/252715742.png)
Feb 09, 2015 Aku tetiba nak tahu macam mana nak ubah password wifi ni. Aku ingat nak kena tekan apa-apa ke dekat modem wifi tm dekat rumah aku ni, rupanya tukar dekat smartphone or apa-apa gadget pon boleh. Zaman sekarang ni kan, orang kemain lagi pandai curi line streamyx dekat kawasan perumahan kita.
Jika anda pengguna streamyx, kami pasti anda dibekalkan modem dari TM dengan jaminan selama 1 tahun, tahukah anda komponen elektronik mempunyai jangka hayat begitu juga dengan modem streamyx anda. Maka ianya akan rosak mungkin terkena kilat atau sudah sampai masanya, tanda modem anda rosak iaitu wifi anda tidak terhubung atau salah satu port lan pada modem anda tidak berfungsi atau modem anda terus tidak menyala kesemua LED. Artikel kali ini kami di Monaliza Mastura akan memberitahu anda secara ringkas bagaimana melakukan setting atau tetapan pada modem yang anda baru beli, modem yang kami gunakan iaitu D-Link dan pastikan ianya modem router. Langkah 1: Anda perlu on terlebih dahulu modem dan pastikan kesemua lampu pada modem menyala, pastikan kesemua cable pada modem sudah dipasang. Langkah 2: Jika kesemua lampu pada modem menyala dan anda telah menghubungkan cable lan ( local area network ) pada modem ke komputer anda, seterusnya buka browser ( pelayar ) sama ada internet explorer/mozilla firefox/google chrome atau lain-lain. Langkah 3: Taip ip address/default gateway 192.168.1.1 pada address bar pada pelayar maka akan keluar satu pop up atau panel dimana meminta anda memasukkan username dan passsword, secara default masukkan username: admin dan passsword: admin.
Langkah 4: Anda akan dibawa ke halaman baru, seterusnya klik menu button ” Setup Wizard @ Quick Setup ” bergantung kepada jenis modem, bagi modem jenis D-Link anda perlu klik menu button ” Setup Wizard ”, klik button next sebanyak 3 kali.